About Me

Menuang Rasa , Merajut Asa
>Abid Nurhuda

Pesan Dari Uang






Ramai manusia berubah kerana AKU..
Money



Bismillahirahmanirahim

HEBAT KAN AKU?

Ramai manusia berubah kerana AKU..

1️⃣ Ada yang mengkhianati temannya kerana AKU.
2️⃣ Ada yang sanggup menjual tubuh badannya kerana AKU.
3️⃣ Bahkan ada yang sanggup meninggalkan IMAN nya, demi mengejar AKU. 

Hebat tak AKU ?
AKU tak baik dan AKU juga tak jahat, 
Tetapi ramai manusia menjadi baik setelah mengenal AKU dan lebih ramai pula manusia yang menjadi jahat setelah mengenal AKU.

1️⃣ AKU bukan Tuhan, tapi ramai manusia yang bertuhankan AKU dalam dia tak sedar.

2️⃣ AKU bukan malaikat, tapi ramai manusia yang memuliakan AKU untuk kemuliaannya.

3️⃣ AKU bukan orang Soleh, tapi ramai manusia yang menggunakan kesolehannya untuk mendapatkan AKU.

4️⃣ AKU juga bukan iblis, tapi ramai manusia melakukan perkara yang keji dan berperangai seperti iblis demi mengejar AKU.

Tapi suka AKU ingatkan...
1️⃣ AKU boleh ditukar menjadi resit perubatanmu, tapi AKU tak mampu memberikan kesihatan dan memanjangkan umurmu.

2️⃣ AKU boleh ditukar menjadi sebuah rumah yang mewah, tapi AKU tetap tak boleh dibawa  ke ‘rumah abadi’ mu.

3️⃣ AKU boleh ditukar menjadi sebuah kereta yang besar dan mahal, tapi AKU  tetap tak mampu menjadi kenderaan terakhirmu di dunia ini.

4️⃣ AKU boleh ditukar menjadi kebahagiaan untukmu di dunia, tapi AKU tetap tak boleh menjadi penebus dosa-dosamu di akhirat kelak.

MAKA..
👉 Gunakan AKU ke jalan yang baik-baik, Jangan jadikan AKU sebagai Tuhan.

DENGARKAN BAIK² AMANAH AKHIRKU: 
👉 AKU "Tidak Ada Di Syurga",
Jadi jangan cari AKU disana.

CADANGANKU :
➡️ Jangan terlalu sayang dengan AKU.
➡️ Jangan lupa gunakan AKU untuk bayar Zakat, Infakkan AKU selalu, Sedekahkan AKU selalu supaya hidupmu lebih "DIBERKATI" di dunia dan akhirat.

Ingatlah dan terus ingat..

“Kamu hamba Allah, 
bukan hamba AKU. 

Allahu.☝

Post a Comment

0 Comments